Thursday, April 1, 2010

Kepada yg berminat untuk melabur ikan kelisa

Untuk pelabur yg telah membeli ikan kelisa kami, kami akan mengeluarkan surat perjanjian jika pelabur ingin meletakkan ikan tersebut ke dalam kolam yg telah syarikat kami sediakan. Ikan mestilah matang berumur di antara 2 tahun setengah hingga 3 tahun. kami menggunakan sistem pawah atau (profit sharing system) adalah satu sistem yang melibatkan perkongsian antara pengusaha dan pelabur. Dalam sistem pawah arowana, pelabur akan membeli induk dari pengusaha dan induk tersebut akan ditempatkan di dalam kolam milik pengusaha. Seterusnya induk tersebut akan dipelihara oleh pengusaha dan segala kos makanan, penyelenggaraan dan sebagainya akan ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha. Jadi pelabur hanya perlu mengeluarkan modal sekali sahaja iaitu membayar harga induk ikan. Induk yang berada di dalam kolam milik pengusaha itu merupakan harta atau aset kepada pelabur. Setiap 2 bulan sekali pengusaha akan melakukan proses tuaian (harvest) untuk memastikan ada hasil ataupun tidak dengan memeriksa mulut induk. Sekiranya ada hasil, ia akan dibahagikan sama rata iaitu 50:50 di antara pengusaha dan pelabur setelah anak ikan bersaiz 3 hingga 4 inci.

No comments:

Post a Comment